BAB I
PENDAHULUAN
A.
Latar
Belakang
Bila ditelusuri catatan sejarah dan pemikiran dalam kajian ekonomi,
maka kita akan menemukan beberapa kelupaan yang kadang kala merugikan kajian
dan khazanah intelektual muslim. Hal itu terlihat dari sangat langkanya nama
para tokoh muslim yang dimunculkan ke permukaan.
Penulisan ini menjelaskan tentang pemikiran dan
sumbangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
(691/1292 – 751/1350) dalam ekonomi. Dalam beberapa penulisannya di berbagai
tempat Ibn Qayyim membincangkan antara lain tentang asas falsafah ekonomi
Islam, konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi zakat, konsep faedah, riba
al-fadl dan riba al-nasi’ah, mekanisme pasaran dan penghargaan. Inti
sari utama dalam pemikiran ekonominya ialah merealisasikan konsep kebajikan
sosial, pelaksanaan keadilan dan penghapusan eksploitasi dalam kehidupan
perekonomian.[1]
B.
Rumusan
Masalah
1.
Sejarah
Ibnu qayyim.
2.
Pemikiran
ekonomi Ibnu Qayyim.
3.
Karya
– karya Ibnu Qayyim.
BAB II
PEMBAHASAN
A.
Sejarah
Ibnu Qayyim
Nama beliau
ialah Shams al-Din Abu Abdillah Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ayyub bin Sa’ad yang terkenal
dengan nama Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Ibn Qayyim dilahirkan pada 7 Safar 691H/ 9
Januari 1292M di kampong Zara’ dari perkampungan Haura, sebelah tenggara Damsyik
( Damaskus ) dan meninggal dunia pada tempat yang sama pada tahun 751H/1350M.
Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan mencintai ilmu
pengetahuan. Ayahnya adalah guru pertama Ibn Qayyim yang telah mengajarkan
kepadanya ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara’id. Beliau telah menuntut
belbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama’ terkenal pada waktu
berkenaan. Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah tafsir
al Qur’an, hadith, usul al-fiqh dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim
mempelajari ilmu dalam belbagai bidang akhirnya menjadikan beliau terkenal
sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab,
ilmu kalam dan hadis. Malah menurut Ibn `Imad, Ibn Qayyim adalah seorang yang
alim dalam bidang tasawuf.[2]
Ibn Qayyim
sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat mengusai
belbagai bidang ilmu. Beliau adalah salah seorang faqih yang mempunyai autoriti
dalam Mazhab Hanbali. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik
yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir
(m. 774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn
Qayyim adalah seorang yang kuat beribadah dan peribadi yang disukai oleh orang
ramai pada waktu itu. Beliau menulis:[3]
“Aku tidak
pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya
begitu lama. Beliau memanjang ruku`nya dan juga sujudnya”.
Selaku seorang
ulama’ yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh banyak orang yang
berguru dan mempelajari belbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak-anak
muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah, Zayn
al-Din Ibn Rajab al- Hanbali (m. 795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali
dan Ibn Hajar al-`Asqalani (m. 852H/1449M) seorang tokoh hadis yang tidak asing
lagi.
Ibnu Qayyim
selalu menyertai ibnu taimiyyah sejak masih kecil sehingga lulus darinya dengan
menguasai berbagai ilmu. Ia juga menempuh gurunya dalam berfatwa, mengajar dan
mengarang. Ibnu Qayyim menonjol diantara kawan – kawannya, lebih banyak
ilmunya, lebih kuat argumennya, lebih mengena dalam penjelasaannya dan lebih
fasid dalam beredialog. Hal
inilah yang mendukung dirinya banyak mengarang karyanya dalam disiplin ilmu.
Sehingga ia menyeru ke semua pihak dengan panah kebenaran, ia juga juga
mengalami apa yang dialami gurunya yaitu di fitnah dan dimusuhi serta bolak
balik masuk penjara, serta banyak menanggung derita dalam mengemban ilmu.[4]
B.
Pemikiran
Ekonomi Ibnu Qayyim
Terdapat lima perkara utama pemikiran Ibn Qayyim dalam ekonomi yaitu:[5]
1. Falsafah ekonomi Islam
2. Perbandingan dan perbezaan antara kekayaan dan kemiskinan
3. Kepentingan ekonomi zakat
4. Bunga - riba al-fadl dan riba al-nasi’ah
5. Mekanisme pasaran dan penghargaan
1. Falsafah ekonomi Islam
Ibn Qayyim dalam penulisannya telah menyentuh beberapa perkara berkenaan
dengan
falsafah ekonomi Islam yaitu konsep
manusia Islam (homo islamicus) dan manusia
bukan ekonomi (non homo economicus), konsep keadilan dan nilai-nilai
etika
dalam ekonomi, aktiviti-aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian
buruh,
pemilikan harta kekayaan oleh individu dan peranan kerajaan dalam
ekonomi.[6]
a.
a. Manusia Islam
Ibn
Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggung
jawab membimbing diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang baik
dan Allah SWT
merupakan sumber pedoman dan
petunjuk. Dalam pengajian ekonomi, manusia ekonomi
(homo economicus) digambarkan sebagai manusia yang sifat,
gelagat dan tindakannya
mementingkan diri sendiri, tamak dan menjadikan keuntungan sebagai
asas penting
dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Ibn Qayyim menggariskan asas
kepercayaan Islam
bahwa setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan
Allah SWT merupa-
kan sumber yang menjadi pedoman dan petunjuk untuk menuju ke jalan yang
benar.
Ibn Qayyim menekankan pandangan Islam bahwa hidup di dunia ini
adalah ujian dan
cobaan dari Allah SWT. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu
boleh sama ada dalam
bentuk anugerah harta kekayaan atau pun diberikan kehidupan yang
susah. Anugerah ke-
kayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah SWT sayang kepadanya.
Demikian juga
ujian kemiskinan tidak
bermaksud Allah SWT benci kepada seseorang. Harta kekayaan
yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan
kesenangan.
b.
b. konsep Keadilan
Keadilan adalah teras semua aspek dalam
kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan
adalah objektif syariah. Ini adalah kerena syariah itu mengandung keadilan,
keberkatan dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan
keadilan akan menukar
kan
keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada
kebijaksanaan
kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada
syariah.
c.
c. Nilai-nilai
etika dalam kegiatan ekonomi
Ibn Qayyim
menjelaskan nilai-nilai etika yang baik yang seharusnya diamalkan oleh
orang-orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai-nilai
etika yang baik
tersebut ialah kepatuhan
kepada Allah SWT, ketaatan kepada agama, sifat baik, jujur
dan benar. Apabila nilai-nilai etika tersebut diamalkan dalam
kehidupan seharian
terutamanya dalam kegiatan ekonomi akan menjauhkan nilai-nilai jahat
seperti pemboho
ngan, penipuan dan korupsi. Selanjutnya beliau menjelaskan bahwa
akibat kepada sifat
semula menjadi suka berbohong ialah
melakukan korupsi yang menyebabkan kejayaan
tidak tercapai
dalam kehidupan. Apabila keadaan ini berlaku,
kehidupan perekono
mian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain,
pembohongan memberi impak yang
besar dalam kehidupan orang-orang Islam.
Memandangkan
akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan-kejaha
tan sosial, Ibn Qayyim menulis di tempat lain bhawa
kesan-kesan dosa adalah tidak baik
dan dikutuk. Beliau memperkukuhkan
pendapatnya dengan sepotong hadis Rasulullah
SAW yang mengatakan bahwa dosa menyebabkan pengurangan dalam
cara hidup
manusia. Sebaliknya kepatuhan kepada perintah Allah SWT
dan melakukan amalan –
amalan yang baik membawa kepada peningkatan dalam cara
hidup dan kejayaan-kejay
aan dalam urusan-urusan ekonomi. Sifat-sifat
yang negatif seperti pembohongan, penipu
an dan pengeksploitasian serta
ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak
tenteram dalam kehidupan masyarakat seperti huru-hara, kecurigaan,
ketidakstabilan
dan kekecewaan. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi
akan menguncup.
Sebaliknya nilai-nilai etika
yang diamalkan dalam masyarakat akan menyuburkan
suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada
masa yang sama,
masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan
ekonomi.
Dalam perkataan lain
pengeluaran barang-barang dan perkhematan akan meningkat
dan masyarakat akan hidup
mewah.
d.
Aktiviti-aktiviti
ekonomi
Berhubung dengan aktiviti ekonomi, Ibn Qayyim menjelaskan bahwa ekonomi
adal
ah teras kepada kehidupan manusia. Tanpa ekonomi kehidupan akan
susah dan
keperluan jasmani seharian manusia seperti makanan, minuman, tempat
tinggal dan
sebagainya tidak boleh dipenuhi. Beliau memberikan banyak misalan
umpamanya,
bagaimana bijirin hanya akan dapat dituai dan diperoleh oleh petani
dengan
melakukan aktiviti pertanian. Tanpa berusaha dan bekerja kebutuhan
tidak akan datang
secara bergolek atau melayang. Ibn Qayyim menyarankan supaya
manusia giat
melakukan sebarang aktiviti ekonomi melainkan yang dilarang oleh
Syariah seperti
jual beli yang mengandungi unsur-unsur gharar, riba dan perjudian.
e.
Kerjasama
ekonomi dan pembahagian buruh
Ibn Qayyim menekankan konsep kerjasama dalam ekonomi dan tanggung jawab
sosial. Menurut beliau, meskipun manusia itu ramai bilangannya dan
dibahagikan kepada
unit-unit yang berbeda,
mereka dianggap seperti satu jasad yang bekerjasama antara
satu sama lain. Kerjasama ini akan memberikan kepada mereka dengan anugerah-
anugerah yang tidak boleh mereka nikmati jika bekerja secara
sendirian. Beliau yakin
bahwa gandaan dan kepelbahagiaan
manusia memerlukan kepada kerjasama dan pemba
hagian buruh.
f.
Pemilikan
harta kekayaan oleh individu dan campur tangan kerajaan dalam
ekonomi.
Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan
dalam pemilikan harta kekayaan
oleh individu jika
individu menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan
yang bertentangan dengan faedah masyarakat yang lebih
besar. Dalam hubungan ini,
Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah SAW
berkenaan dengan seorang
hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh beberapa rakan kongsi
(tuan) hendak
dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya dan
tuan-tuan yang lain tidak
bersetuju dengan pembebasan tersebut. Dalam kesempatan ini Rasulullah SAW
memutuskan harga yang adil kepada hamba itu dinilai dan rakan-rakan
kongsi
yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu,
hamba berkenaan
telah dibebaskan. Selepas menukilkan hadis ini Ibn Qayyim menulis
bahwa hadis
tersebut menjadi asas kepada
peraturan sesuatu harta yang tidak boleh dibagikan dan
dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para
pemiliknya berhasrat
untuk menjualnya. Hadith berkenaan juga menyokong prinsip yang
dipakai itu jika
seseorang itu harus dibayar ganti rugi ia hendaklah dalam bentuk harga
yang adil.
Kisah di atas
menjelaskan bahwa kerajaan mempunyai hak mengambil sesuatu
yang menjadi milik individu jika pengambilan itu memberikan
manfaat yang lebih
besar kepada
masyarakat dengan membayar ganti rugi yang seadilnya. Konsep
pemilikan, kemiskinan dan
kekayaan mempunyai hubungan yang erat antara satu
sama lain. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim memfokuskan penulisannya
dalam
pemilikan individu terhadap
harta kekayaan serta keharusan campur tangan kerajaan
dalam pemilikan tersebut.
2. Pandangan Ibn Qayyim tentang kekayaan dan kemiskinan
Penyebaran
pengaruh tasawuf yang meluas pada masa Ibn Qayyim mengakibat
kan masyarakat melupakan kehidupan duniawi dan menumpukan
terus kepada
kehidupan ukhrawi.
pemahaman yang salah ini menyebabkan orang ramai hidup dalam
kemiskinan dan bagi mereka harta kekayaan itu adalah
kehidupan dunia yang sementara
dan tidak perlu dicari. Untuk
membetulkan salah faham ini, Ibn Qayyim cuma sedaya
upaya supaya masyarakat
Islam yang sewaktu dengannya kembali kepada
ajaran Islam yang sebenarnya itu petimbangan antara
kehidupan dunia dan kehidupan
akhirat. Lebih lanjut lagi supaya masyarakat dapat menyeimbangkan antara
pemilikan
kekayaan dan
kehidupan kemiskinan.[7]
Ibn Qayyim
berhujah bahwa kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu
membolehkannya
melaksanakan semua jenis amalan kebaikan dengan mudah seperti
menunaikan haji,
jihad, membina masjid dan terusan, memberikan hadiah,
pembebasan tawanan, perbelanjaan yang wajib dan sunat dan
sebagainya. Mereka
yang sependapat dengan Ibn Qayyim juga berpendapat bahwa
di kalangan sahabat
dan mereka yang berkedudukan tinggi waktu itu pada waktu
Nabi Muhammad SAW
terdiri daripada
orang kaya. Dengan kekayaan itu mereka membuat perbagai
sumbangan dan penglibatan dalam jihad serta membantu orang-orang
Islam yang lain.
Selanjutnya
dalam hal ini Ibn Qayyim berpendapat “daripada kalangan orang kaya
dan orang miskin,
yang paling disukai adalah makhluk yang bertaqwa pada Allah dan
dia melebihkan
amanah-amanah baik. Oleh itu, orang kaya dan orang
miskin adalah
sama dalam asas ukuran ini.” Dia juga berpendapat bahwa kekayaan
dan kemiskinan
adalah ciptaan Allah SWT untuk menguji hamba-hambaNya siapa yang
lebih dalam
amalan-amalannya. Kadangkala
Allah menguji seseorang dengan memberikan
kepadanya kekayaan yang
melimpah ruah. Pada masa yang lain seseorang itu diuji
dengan kemiskinan. Kenyataan di atas adalah selari dengan prinsip
asas falsafah
ekonomi Islam sebagaimana yang diuraikan oleh ahli-ahli ekonomi
Islam berkenaan.[8]
Ibn Qayyim juga mengingatkan kita supaya tidak terkeliru
antara konsep kemiskinan
dan kehidupan yang zuhud di dunia. Zuhud ialah antara nilai Islam yang paling
penting yang disalah artikan sebagai pelepasan kekayaan dan perkara-perkara
baik
dalam kehidupan. Dalam penulisannya Madarij al-Salikin, Ibn
Qayyim telah mengemu
kakan berbagai pendapat berkenaan dengan zuhud. Beliau bertegas
mengatakan bahwa
zuhud bukan berarti menolak perkara-perkara duniawi. Harta benda
yang banyak
bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk menjadi insan yang
warak dalam
hidup mereka. Seseorang boleh mempunyai sikap membersihkan diri dan
menolak
perkara-perkara duniawi meskipun ia mempunyai banyak
harta kekayaan, dan sese
orang juga boleh memiliki sedikit sifat zuhud meskipun ia
hidup dalam kemiskinan.
3. Kepentingan Ekonomi Zakat
Menurut Ibn Qayyim fungsi zakat ialah untuk membangunkan
kualiti kebaikan,
persaudaraan dan kebajikan. Atas alasan inilah kadar khusus zakat ditetapkan. Ia boleh
mencapai tujuan ini dengan mudah tanpa menyebabkan sebarang
keresahan. Jumlah
bayaran zakat tidak terlalu banyak yang boleh menyebabkan
pembayarnya merasa
terkilan. Bayaran tersebut cukup untuk memenuhi keperluan asas
golongan yang
tidak berada. Jika kadar bayaran zakat itu tinggi, orang-orang yang
kaya berkemung
kinan mengelak dengan berbagai cara daripada membayarnya. Jika
golongan yang
kaya enggan membayar
zakat yang diwajibkan atas mereka dan golongan yang miskin
tidak menerima apa yang menjadi hak kepada mereka, fungsi
pembayaran zakat seperti
diterangkan di
atas tidak boleh dicapai.[9]
Ibn Qayyim menulis bahwa zakat dikenakan atas setiap jenis harta
kekayaan dan
atas setiap barang-barang yang boleh meningkatkan pertumbuhan.
Barang-barang
untuk tujuan penggunaan seperti pakaian, rumah, peralatan, binatang
tunggangan
seumpamanya bebas daripada kewajipan dikenakan zakat. Hanya empat jenis
harta saja
yang dikenakan zakat binatang ternak, tanaman dan buah-buahan, emas
dan perak serta
barang-barang dagangan.
Terdapat empat kadar zakat yang diambil berat yaitu 20% (1/5), 10% (1/10),
5%
(1/20) dan 2.5% (1/40). Ibn Qayyim membincangkan dalam dua tempat
dalam penulisan
-penulisannya tentang kepentingan dan sebab ekonomi di balik kadar
zakat yang
berlainan. Menurut beliau, penglibatan buruh adalah pertimbangan
yang diambil
dalam penentuan kadar-kadar itu. Semakin besar jumlah buruh yang
terlibat dalam
sesuatu proses pengeluaran, semakin
kecil kadar zakat yang perlu dibayar dan sebaliknya.
Umpamanya kadar zakat ke
atas tanaman yang diairi dengan air hujan ialah 10% dan
5% bagi tanaman yang diairi
oleh tenaga buruh.[10] Selain
daripada jumlah buruh yang
terlibat dalam proses
pengeluaran menjadi penentu kadar zakat, Ibn Qayyim juga
menjelaskan faktor lain yang
menyumbang kepada perkara tersebut. Antaranya
ialah untuk mewujudkan konsep
keadilan dalam ekonomi. Peningkatan dalam
tanaman dan buah-buahan adalah lebih daripada peningkatan dalam
barang-barang
perdagangan. Kadar peningkatan yang berbeda ini memberikan kesan
yang berbeda.
Dalam kesan ini yang perlu dibayar oleh pengeluar barang-barang
pertanian adalah
lebih berbanding dengan yang perlu dibayar oleh para pedagang terhadap
barang-
barang dagangan mereka. Pertumbuhan tanaman yang diairi oleh air
hujan adalah lebih
baik berbanding dengan pertumbuhan tanaman yang diairi oleh usaha
manusia atau
terusan atau perigi.
Abdul Azim Islahi ketika mengulas
pendapat Ibn Qayyim menyatakan bahwa
pendapat itu mempunyai
kebenarannya pada zaman dahulu yang hampir-hampir tidak
terdapat industri berskala
besar dalam bidang perniagaan. Industri yang wujud
dalam industri kebanyakannya
hanya dalam bentuk perniagaan kecil. Bentuk pengairan
dan pertanian adalah dalam
bentuk yang mudah dan tidak kompleks. Tetapi situasinya
adalah berlainan dengan masa
sekarang. Bentuk perniagaan domestik dan luar Negara
adalah dalam skala besar,
dan kegiatan pertanian diuruskan menggunakan cara dan
teknik yang canggih dan
moden. Oleh itu, justifikasi yang dikemukakan oleh Ibn
Qayyim tentang perbedaan kadar kewajipan membayar zakat adalah
sukar untuk
diterima.[11]
Berkenaan dengan tempoh
pembayaran zakat, Ibn Qayyim menulis bahwa zakat
boleh dibayar apabila cukup tempoh satu tahun pemilikan harta
kecuali pada harta kekay
aan yang tidak diketahui pemiliknya, zakat akan dikenakan
serta merta seperti
penemuan harta karun. Sementara
dalam kes zakat pertanian, ia akan dikutip pada
masa hasil dituai. Tempoh
satu tahu yang ditetapkan oleh syariah adalah paling sesuai
dan memadai untuk kutipan
zakat. Jika zakat dikutip untuk tempoh bulanan dan
mingguan, ia akan menjejaskan kemaslahatan pembayar zakat.
Sementara jika ia
dikutip sekali saja sepanjang hidup, ia akan menjejaskan kebajikan
dan kehidupan
golongan miskin. Dalam tempoh
itu, pemilik harta berkenaan boleh menggunakan
hartanya pada jalan yang produktif dan mendapatkan pulangan.
Sebaliknya jika zakat
dibayar setiap
minggu atau bulan, ia akan menyusahkan para pembayar zakat untuk
membuat taksiran pada harta mereka dan bagi negara pula
pengurusan kutipan dan
tagihan zakat akan
menjadi mahal dan sukar.
Zakat yang dikutip oleh negara akan ditagihkan pada mereka yang berhak
untuk
menerimanya. Ibn Qayyim
menjelaskan bahwa terdapat delapan golongan yang
berhak menerima bagian zakat
sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an. Beliau
membahagikannya kepada dua
kategori. Kategori yang pertama ialah mereka yang
berhak menerima zakat mengikut keperluan yaitu fakir, miskin, riqab
dan ibn sabil.
Kategori kedua ialah mereka yang menerimanya untuk
kegunaan sendiri yaitu amil,
mualaf, orang yang
berhutang untuk tujuan baik dan mereka yang berjuang fi sabilillah.
4.
Bunga
– riba al-fadl dan riba al-nasi’ah
Ibn Qayyim juga membincangkan persoalan riba yang menjadi teras
dalam amalan
perbankan dan kewenagan
konvensional dan beliau menyatakan amalan riba amat
bertentangan dengan amalan zakat dan sedekah. Ibn Qayyim memetik
ayat 276 dalam
surat al-Baqarah
yang berbunyi:
“Allah SWT susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba
dan ia pula mengembangkan
(berkat harta yang dikeluarkan)
sedekah dan zakat.”
Beliau membagikan riba kepada dua jenis yaitu riba al-fadl dan
riba al-nasi’ah.
Riba al-fadl diistilahkan
juga oleh Ibn Qayyim sebagai riba al-khafi dan riba al-
nasi’ah sebagai riba al-jali. Riba al-Fadl berlaku dalam urus niaga enam jenis
komoditi yang ditukar sesama
komoditi berkenaan secara tidak sama sukatan atau
timbangan dan secara hutang. Keenam-enam komoditi tersebut ialah
emas, perak,
gandum, barli, tamar dan
garam. Sementara riba al-nasi’ah berlaku pada transaksi
hutang uang dengan uang yang
dibayar secara tidak sama nilai atau jumlahnya.
Umpamanya A meminjam 100
ribu daripada B dan B meminta A membayar hutang
tersebut dengan jumlah yang
lebih umpamanya, 120 ribu Ibn Qayyim melarang
amalan semua jenis riba karena
memberi kesan buruk kepada masyarakat dan
menghilangkan perasaan ihsan dan semangat tolong menolong.
Sebaliknya ia boleh
menimbulkan permusuhan antara individu.
5. Mekanisme Pasaran dan Penghargaan
Berkenaan dengan mekanisme pasaran Ibn Qayyim menjelaskan bahwa
perjalanan pasaran hendaklah berlaku secara adil dan kerjasama
terpimpin. Unsur-
unsurnegatif dalam pasaran yang boleh mengakibatkan
kezaliman kepada para
peniagaan lain seperti monopoli, sorok, paksaan dan
sebagainya hendaklah diawasi
oleh pihak pemerintah melalui institusi hisbah dan seumpamanya.
Demikian juga
dengan kesan penghargaan barang-barang dan perkhidmatan di pasaran,
beliau
berpendapat hendaklah
diserahkan pada pasaran yaitu berdasarkan kepada kuasa
penawaran dan permintaan di pasaran. Jika ia berjalan secara adil,
kerajaan tidak boleh
campur tangan membuat penetapan harga karena ia boleh menimbulkan
kezaliman
kepada mereka yang terlibat dalam pasar. Sebaliknya jika
unsur-unsur negatif berlaku
seperti kezaliman, paksaan,
manipulasi dan sebagainya yang menyebabkan harga di
pasar tidak menentu, maka kerajaan harus campur tangan untuk
menstabilkan harga
barang-barang berkenaan untuk masalah pengguna dan peniaga.
Sejalan dengan Ibn
Taimiyyah, Al Qayyim berpandangan bahwa harga harus
dibentuk oleh keseimbangan
supply dan demand yang terbentuk di pasar. Selain itu,
Ibn Al Qayyim juga memandang penting peran dari Al Nisbah, yakni
sebuah
lembaga untuk mengontrol,
mengintervensi dan mensupervisi kegiatan ekonomi.
C. karya –
Karya Ibn Qayyim
Beliau rahimahullah
memang benar-benar merupakan kamus berjalan, terkenal
sebagai
orang yang mempunyai prinsip dan beliau ingin agar prinsipnya itu dapat
tersebarluaskan.
Beliau bekerja keras demi pembelaannya terhadap Islam dan kaum
muslimin.
Buku-buku karangannya banyak sekali, baik yang berukuran besar maupun
berukuran
kecil. Beliau telah menulis banyak hal dengan tulisan tangannya yang indah.
Beliau mampu
menguasai kitab-kitab salaf maupun khalaf, sementara orang lain hanya
mampun menguasai
sepersepuluhnya. Beliau teramat senang mengumpulkan berbaga
kitab. sebab itu Imam
ibnul Qayyim terhitung sebagai orang yang telah mewariskan
banyak kitab-kitab
berbobot dalam pelbagai cabang ilmu bagi perpustakaan-perpustakaan
Islam dengan gaya bahasanya yang khas; ilmiah
lagi meyakinkan dan sekaligus
mengandung kedalaman
pemikirannya dilengkapi dengan gaya bahasa nan menarik.
Beberapa Karya
Besar Beliau[12]
1.
Tahdzib Sunan Abi Daud,
2.
I’lam al-Muwaqqi’in
‘an Rabbil ‘Alamin,
3.
Ighatsatul Lahfan fi Hukmi Thalaqil Ghadlban,
4.
Ighatsatul Lahfan fi Masha`id asy-Syaithan,
5.
Bada
I’ul Fawa’id,
6.
Amtsalul
Qur’an,
7.
Buthlanul Kimiya’ min Arba’ina wajhan,
8.
Bayan
ad-Dalil ’ala istighna’il Musabaqah ‘an at-Tahlil,
9.
At-Tibyan fi Aqsamil Qur’an,
10.
At-Tahrir fi maa yahillu wa yahrum minal haris
11.
Safrul
Hijratain wa babus Sa’adatain,
12.
Madarijus Salikin baina manazil Iyyaka na’budu
wa Iyyaka nasta’in,
13.
Aqdu
Muhkamil Ahya’ baina al-Kalimit Thayyib wal Amais Shalih al-Marfu’ ila
Rabbis Sama’
14.
Syarhu
Asma’il Kitabil Aziz,
15.
Zaadul
Ma’ad fi Hadyi Kairul Ibad,
16.
Zaadul
Musafirin ila Manazil as-Su’ada’ fi Hadyi Khatamil Anbiya’
17.
Jala’ul
Afham fi dzkris shalati ‘ala khairil Am,.
18.
Ash-Shawa’iqul Mursalah ‘Alal Jahmiyah wal
Mu’aththilah,
19.
Asy-Syafiyatul Kafiyah fil Intishar lil
firqatin Najiyah,
20.
Naqdul
Manqul wal Muhakkil Mumayyiz bainal Mardud wal Maqbul,
21.
Hadi
al-Arwah ila biladil Arrah,
22.
Nuz-hatul Musytaqin wa raudlatul Muhibbin,
23.
al-Jawabul Kafi Li man sa`ala ’anid Dawa`is
Syafi,
24.
Tuhfatul
Wadud bi Ahkamil Maulud,
25.
Miftah
daris Sa’adah,
26.
Al-Farqu bainal Khullah wal Mahabbah wa Munadhorotul
Khalil li qaumihi,
27.
Ath-Thuruqul Hikamiyyah, dan masih banyak lagi
kitab-kitab serta karya-karya
besar beliau
yang digemari oleh berbagai pihak.
BAB III
KESIMPULAN
Ø
Sejarah
Ibnu Qayyim
Nama beliau ialah Shams al-Din Abu Abdillah Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ayyub
bin Sa’ad yang terkenal dengan nama Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Ibn
Qayyim dilahirkan
pada 7 Safar 691H/ 9 Januari
1292M di kampong Zara’ dari perkampungan Haura,
sebelah tenggara Damsyik ( Damaskus ) dan meninggal dunia pada
tempat yang sama
pada tahun 751H/1350M.
Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan
mencintai ilmu pengetahuan.
Ø
Pemikiran
Ekonomi Ibnu Qayyim
Terdapat lima
perkara utama pemikiran Ibn Qayyim dalam ekonomi yaitu:
1. Falsafah
ekonomi Islam
2. Perbandingan
dan perbezaan antara kekayaan dan kemiskinan
3. Kepentingan
ekonomi zakat
4. Bunga - riba
al-fadl dan riba al-nasi’ah
5. Mekanisme
pasaran dan penghargaan
[1] http://bataviase.co.id/node/400825
[3] Ibid.,
[4] Muhammad Ali As- Sayyis,
Sejarah Fikih islam ( Jakarta: Pustaka Al- Kautsar, 2003 ) 187.,
[6] Ibid ,.
[8] Ibid , .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar